Monday, February 3, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Lebuh raya Lumut-Belait berdekatan STKRJ Kampung Mumong bermula hari ini, 3 Februari hingga 14 Februari pada pukul 9 pagi hingga pukul 4 petang.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jambatan berkenaan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Kawasan yang terlibat dengan penutupan sementara berkenaan. –  GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda