Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di dua lokasi berlainan.

    Lokasi pertama adalah penutupan sementara separuh jalan di Jalan Tanjung Kudus, RPN Mengkubau bermula hari ini, 5 Februari hingga 19 Februari pada jam 8 malam hingga pukul 10 malam.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemulihan jalan raya di kawasan berkenaan.

    Lokasi penutupan sementara separuh jalan di Jalan Tanjung Kudus, RPN Mengkubau.

    Sementara itu, lokasi kedua penutupan sementara separuh jalan adalah di Jalan Lumapas menghala Bandar Seri Begawan juga bermula hari ini, 5 Februari  pukul 9 pagi hingga 4 petang. 

    Lokasi penutupan sementara separuh jalan di Jalan Lumapas menghala Bandar Seri Begawan.  – GAMBAR SERAHAN JKR

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja membersihkan tanah susur di kawasan berkenaan dan penutupan sementara dilaksanakan sehingga kerja-kerja pembersihan selesai.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda