Oleh: Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Kiarong berdekatan Simpang 78 yang bermula hari ini, 7 Februari sehingga kerja selesai.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja membersihkan tanah susur di jalan berkenaan untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.


