Oleh Sim Y. H. BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai jalan lencongan dan penutupan sementara separuh jalan di Simpang 471, Jalan Gadong bersebelahan The Walk Beribi Central bermula hari ini, 10 Februari hingga 22 Februari pada pukul 7 pagi.