Tuesday, February 11, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 FEB – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Pengiran Babu Raja pada 13 Februari hingga 16 Februari bermula pukul 7.30 pagi hingga pukul 7 malam, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja menurap asfalt untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Kawasan yang terlibat dengan penutupan sementara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda