Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara separuh jalan di beberapa kawasan lebuh raya di Daerah Tutong dan Belait.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, JKR menjelaskan bahawa penutupan sementara berkenaan adalah bagi kerja-kerja pembaikan jalan yang rosak.
Pada 30 Januari, penutupan sementara dilaksanakan di Persimpangan Isyarat JT1 iaitu Lebuhraya Muara-Tutong / Jalan Basong / Tutong Kem.
Sementara, pembaikan jalan turut dijalankan di Persimpangan Lampu Isyarat JT2 iaitu Lebuhraya Tutong-Telisai / Jalan Enchi Awang / Jalan Sungai Besar pada 31 Januari.
Semua kerja pembaikan jalan berkenaan akan bermula pukul 8:30 malam hingga 5 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.
Kenyataan turut mengongsikan bahawa penutupan sementara juga akan dilaksanakan di Jambatan Lebuhraya Lumut-Belait berdekatan STKRJ Lorong 3 Selatan bermula besok hingga 10 Februari nanti, bermula 8:30 pagi hingga 5 petang.