Saturday, March 29, 2025
30.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Persimpangan Jalan Muara / Jalan Utama Tanah Jambu pada 28 Mac hingga 14 April bermula pukul 10 malam hingga pukul 4 pagi.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemasangan kabel lampu isyarat untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

     

        Lokasi kawasan yang terlibat dengan penutupan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda