Monday, April 7, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Susur Jejambat Utama Berakas, Lebuh raya Muara-Tutong (Hala Muara) pada esok, 7 hingga 8 April bermula pukul 9 malam hingga pukul 5 pagi.

    JKR menyatakan bahawa penutup sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja penurapan asfalt untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Lokasi yang terlibat dengan penutupan sementara separuh jalan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda