Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Tutong, dari Simpang 776 hingga Simpang 728 iaitu menghala Madewa bermula hari ini sehingga kerja-kerja pembaikan jalan selesai.
Penutupan sementara itu bermula pada pukul 7 malam hingga 5 pagi dan ini tertakluk kepada keadaan cuaca.
Sehubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah di tetapkan.

Selain itu, penutupan sementara separuh jalan di persimpangan jalan Muara/ Jalan Utama Tanah Jambu akan dilanjutkan sehingga 30 April 2025.
Perlanjutan penutupan sementara ini adalah disebabkan kerja-kerja pemasangan kabel lampu isyarat di jalan berkenaan.

Lokasi penutupan sementara separuh jalan berkenaan.- GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JKR