Friday, April 18, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Muara Kg Salar, mukim mentiri bermula hari ini, 11 April sehingga kerja selesai tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan bahawa penutup sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta sentiasa mematuhi had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Lokasi bertanda merah menunjukkan kerja pembaikan jalan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda