Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di lampu isyarat J43 Jalan 10 / Jalan 1, Rancangan Perumahan Negara Lambak Kanan bermula esok, 1 hingga 7 Mei pada pukul 10 malam hingga pukul 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemotongan loop sensor untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.
