Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di KM 4.9 Lebuhraya Muara Tutong, hala Muara, bermula hari ini, 8 hingga 10 Mei pada pukul 8 pagi hingga pukul 5.30 petang.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja mengorek jalan raya untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.
