Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, hala Batu Satu bermula 19 Mei hingga 2 Jun pada pukul 8 malam hingga pukul 3 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan pelaksanaan kerja-kerja mencantas dan memotong pokok di jalan berkenaan.
Dalam hubungan itu, JKR menyatakan bahawa jalan alternatif disediakan dan menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.
