Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lebuh raya Lumut-Belait, KM 115.7, KM 112.3 dan KM111.8, Hala Lumut bermula esok, 24 Mei pada pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang sehingga kerja-kerja selesai, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemuliharaan jalan raya untuk dilaksanakan.

    Jabatan kerja Raya menyatakan jalan alternatif disediakan dan menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Kawasan yang terlibat dengan penutupan sementara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda