Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lebuhraya Muara-Tutong, hala Muara bermula pukul 8 pagi hingga pukul 6 petang bermula esok, 30 Mei sehingga kerja-kerja selesai tertakluk kepada keadaan cuaca.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja sub-soil pipe dan pembaikan jalan raya di Lebuhraya Muara-Tutong KM 4.9, hala Muara, untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.


