Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lampu Isyarat J92 Lebuh raya Tungku-Jerudong / Jalan Selayun Jerudong/ Jalan Mejawa pada esok 9 Julai hingga 16 Julai bermula pukul 10 malam hingga pukul 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pemotongan loop sensor di jalan berkenaan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Lokasi yang terlibat dengan penutupan sementara berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JKR.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda