Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jalan Utama Jerudong bermula pukul 2.00 petang hari ini, 18 Julai sehingga kerja-kerja selesai.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan dan penurapan semula jalan berkenaan dilaksanakan..
Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.


