Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Separuh jalan di Lampu Isyarat J34 Jalan Gadong/ Menglait akan ditutup sementara bermula pada 6 hingga 16 Ogos dari pukul 10 malam hingga 4 pagi dan tertakluk kepada keadaan cuaca.

    Jabatan Kerja Raya dalam siaran akhbar hari ini menjelaskan, penutupan tersebut disebabkan pemasangan lampu isyarat amaran ‘Bersedia Untuk Berhenti’.

    Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di Lampu Isyarat J34 Jalan Gadong/Menglait dari 6 hingga 16 Ogos. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda