Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR) memaklumkan akan berlaku penutupan sementara separuh jalan di Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah menghala Manggis pada 24 Oktober bermula pukul 2 petang hingga kerja-kerja selesai, dan ini tertakluk kepada keadaan cuaca.
Penutupan adalah disebabkan kerja-kerja cable drum lifting di KM 2.1 iaitu selepas Jambatan Berakas menghala Manggis ke Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah.
Sehubungan itu, pengguna jalan dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan.


