Thursday, December 7, 2023
31.5 C
Brunei

    -

    Makluman penutupan sementara separuh jalan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 NOV – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di persimpangan Jalan Delima Dua dan Simpang 32 bermula 10 November hingga 16 November dari pukul 8 malam hingga 5 pagi.

    JKR menyatakan bahawa penutup sementara separuh jalan berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan pusing keliling Jalan Delima Dua, berhampiran

    Sekolah Rendah Anggerek Desa untuk dilaksanakan.

    Sehubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan diingatkan agar sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di persimpangan Jalan Delima Dua dan Simpang 32. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...