Friday, January 3, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara separuh jalan, lencongan sementara

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan dan jalan lencongan sementara di persimpangan Lebuh raya Muara-Tutong / penempatan Tapak Perindustrian Tanjung Kajar bermula 30 Ogos hingga kerja-kerja selesai dilaksanakan.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara separuh jalan dan jalan lencongan berkenaan adalah bagi memberi ruang untuk kerja-kerja piling bagi pembinaan jejambat di Persimpangan Lebuh raya Muara-Tutong / Penempatan Tapak Industri Tanjung Kajar untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, Jabatan Kerja Raya menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Lokasi kawasan yang terlibat dalam penutupan dan lencongan sementara tersebut. – GAMBAR DARIPADA NOTIS SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda