Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara stesen minyak

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Beberapa buah stesen minyak di tiga buah daerah dijadualkan ditutup sementara bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian ke atas alat sukatan pam minyak bagi Februari 2023.
     
    Unit Sukatan dan Timbangan (SDT), Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, menyatakan bahawa kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan ke atas alat sukatan jenis pam minyak di stesen-stesen minyak adalah selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan perdagangan.
     
    Dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja pemeriksaan dan penelitian berkenaan, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula pukul 9 pagi bagi sebelah pagi dan pukul 2 petang bagi sebelah petang sehingga selesai, yang mana anggaran pelaksanaannya adalah sekitar 2 jam. 
     
    Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak itu adalah pemeriksaan rutin yang dikendalikan tiga kali setahun.
     
    Kerja-kerja pemeriksaan di Daerah Brunei dan Muara dilaksanakan pada 5 Februari di Syarikat Stesen Minyak Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Berhad, 6 Februari di Syarikat Stesen Minyak Ikatan Teluk Mewah, 7 Februari di Syarikat Stesen Minyak Masjory, 12 Februari di Syarikat Stesen Minyak Mabohai, 13 Februari di Syarikat Stesen Minyak Bebatik dan 14 Februari di Syarikat Stesen Minyak Riverine. Bagi Daerah Belait pada 13 Februari di Syarikat Stesen Minyak SEPAKAT dan 27 Februari di Syarikat Stesen Minyak Roxana serta bagi Daerah Tutong pada 19 Februari di Koperasi Persatuan Kampung Lubok Pulau (KOPEKLAP) dengan Tanggungan Berhad dan 20 Februari di Syarikat Stesen Minyak Telisai Sdn Bhd.
     
    Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi Unit SDT melalui e-mel, sdt@mofe.gov.bn atau melalui talian 2334092.
    GAMBAR FREEPIK
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda