Thursday, January 30, 2025
21.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan sementara stesen minyak pada bulan Februari

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JAN – Kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan ke atas alat sukatan jenis pam minyak di stesen-stesen minyak akan dilaksanakan pada bulan Februari, selaras dengan Akta Sukatan dan Timbangan 1983 Penggal 151, di mana pemeriksaan bacaan ketepatan, sah dan berdaftar dengan Unit SDT adalah dikehendaki ke atas penggunaan alat sukat dan timbang bagi tujuan perdagangan.

    Bahagian Industri dan Ekosistem Perniagaan (IBE) melalui Unit Sukatan dan Timbangan (SDT) di bawah Kementerian Kewangan dan Ekonomi dalam kenyataannya menyatakan dengan mengambil kira keselamatan dan kesejahteraan orang ramai serta para tenaga kerja yang terlibat sepanjang kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian tersebut, stesen-stesen minyak akan ditutup bermula jam 9 pagi hingga selesai, yang mana anggaran perlaksanaannya adalah sekitar dua jam.

    Pemeriksaan dan penelitian ke atas stesen-stesen minyak ini adalah pemeriksaan rutin yang dikendalikan sebanyak tiga kali setahun.

    Sehubungan itu, keterangan jadual penutupan sementara stesen-stesen minyak bagi kerja-kerja pemeriksaan dan penelitian bacaan ketepatan pada bulan Februari 2025 adalah seperti dalam jadual berikut:

      Jadual penutupan sementara stesen-stesen minyak. – Jadual daripada SDT

    Bagi sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Unit SDT, IBE melalui e-mel, sdt@mofe.gov.bn atau melalui talian 233 4092.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda