Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara bagi ujian swab di Kompleks Sukan, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha dan Talian Nasihat Kesihatan 148 pada 11 Mac.
Walau bagaimanapun, kenyataan menyatakan, orang ramai yang ingin mendapatkan ujian swab pada hari itu boleh mendapatkannya di Pusat Kesihatan Berakas bermula dari pukul 2 petang hingga 5:30 petang.
Dalam hubungan itu, Kementerian Kesihatan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dihadapi daripada perubahan waktu operasi tersebut dan bagi mereka yang ingin untuk mendapatkan maklumat lanjut, mereka juga boleh menghubungi Talian Darussalam 123 pada bila-bila masa.