Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di persimpangan Lampu Isyarat J36, Jalan Perdana Menteri-Jalan Lapangan Terbang Lama, Berakas bermula esok hingga 13 Jun.

    JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan, menjelaskan bahawa penutupan sementara dari pukul 11 malam hingga 4:30 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca. Ini adalah untuk membolehkan kerja-kerja pemasangan papan tanda dan kabel baharu di kawasan berkenaan.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi kerja-kerja pemasangan dijalankan. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda