Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lampu Isyarat J10, Jalan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien menuju ke Jalan RIPAS bermula 8 Jun hingga 15 Jun.
JKR dalam kenyataan yang dikeluarkan menjelaskan, penutupan dari 11 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca, itu adalah untuk kerja-kerja pembaikan loop sensor lampu isyarat di kawasan berkenaan.
Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.
