Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan separuh jalan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di jambatan berdekatan persimpangan Jalan Layong, Jalan Tanjong Maya dan persimpangan lampu isyarat JT1, Lebuh raya Muara-Tutong.

    JKR menjelaskan bahawa penutupan sementara yang bermula kelmarin hingga 12 Julai dari pukul 8:30 pagi hingga 5 petang itu adalah untuk membolehkan kerja-kerja penurapan aspal di jalan menuju ke jambatan berkenaan dilaksanakan.

    Sementara itu, separuh jalan di persimpangan lampu isyarat JT1 turut ditutup sementara bermula kelmarin hingga 15 Julai dari pukul 11 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menerangkan bahawa penutupan sementara berkenaan adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan loop sensor di lampu isyarat JT1, persimpangan Lebuh raya Muara-Tutong/-Jalan Sungai Basong (Tutong Kem).

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan-kawasan berkenaan.

    Gambar oleh Sim Y. H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda