Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.  –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Jambatan Edinburgh, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (hala Tutong) bermula hari ini hingga 14 Julai.

    JKR menjelaskan, penutupan sementara dari pukul 8:30 pagi hingga 5 petang itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan pejalan kaki di jambatan berkenaan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut.

    Gambar oleh Sim Y. H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda