Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JULAI – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan berdekatan Kilometer 85, Lebuh raya Muara-Tutong (hala Tutong) bermula esok hingga 14 Ogos.

    JKR menjelaskan bahawa penutupan sementara dari pukul 8 pagi hingga 6 petang itu adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembaikan tambak jalan raya susur berdekatan Kilometer 85, Lebuh raya Muara-Tutong, hala Tutong.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Gambar oleh Sim Y. H.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda