Friday, March 21, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan separuh jalan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JULAI – Separuh jalan di Jejambat Hassanal Bolkiah, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah akan ditutup sementara bermula hari ini hingga 30 September.

    Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan dalam kenyataannya memaklumkan kepada orang ramai bahawa penutupan sementara yang akan bermula dari pukul 10 malam hingga 6 pagi itu adalah untuk membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan di jejambat berkenaan untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan di Jejambat Hassanal Bolkiah, Lebuh raya Sultan Hassanal Bolkiah. – Gambar oleh Sim Y. H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda