Sabtu, 22 November 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan separuh jalan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di lampu isyarat J47 Jalan Mulaut-Limau Manis / Jalan Kilanas-Mulaut bermula 6 hingga 20 Oktober dari pukul 11 malam hingga 4 pagi, tertakluk kepada keadaan cuaca.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pengubahsuai persimpangan lampu isyarat untuk dilaksanakan. JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk memperlahankan kenderaan dan sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan lokasi penutupan sementara separuh jalan bagi kerja-kerja pengubahsuai persimpangan lampu isyarat. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda