
Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara sebahagian jalan di Jalan Bunga Raya dan Jalan Bunga Rambai, Kuala Belait pada 1 Julai.
JKR menyatakan bahawa penutupan sementara bermula pukul 8:30 pagi berkenaan adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan paip pembetung untuk dilaksanakan.
Dalam hubungan itu, jabatan berkenaan menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk menggunakan jalan-jalan alternatif di kawasan berkenaan dan sentiasa mematuhi papan tanda jalan serta had laju yang dibenarkan.