Wednesday, May 14, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan separuh jalan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 SEPT – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan orang ramai mengenai penutupan sementara separuh jalan di jalan susur naik menuju ke Jalan Putera Al-Muhtadee Billah ( hala Gadong) bagi kerja-kerja pembaikan jalan.

    Penutupan akan bermula esok dari pukul 10 malam sehingga kerja-kerja selesai dilaksanakan, tertakluk kepada cuaca, menurut JKR lagi dalam kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

    Sehubungan itu, pihak jabatan menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut di samping mematuhi tanda-tanda lalu lintas dan had laju yang dibenarkan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini.

    Sebarang aduan, orang ramai boleh menghubungi pihak jabatan melalui Talian Darussalam 123, Livechat Talian Darussalam 8333123 atau e-mel kepada pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan lokasi di mana kerja-kerja pembaikan jalan akan dilaksanakan. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda