Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 DIS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan mengenai penutupan sementara separuh jalan di kawasan Jalan Telanai selepas persimpangan lampu isyarat Jalan Telanai (hala Jalan Gadong/
Katok) mulai hari ini hingga 7 Januari 2023.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, JKR menyatakan bahawa sepanjang tempoh itu penutupan berjalan dari pukul 9 malam hingga 6 pagi, tertakluk kepada cuaca.
Penutupan tersebut adalah bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan jalan raya.
Sehubungan itu, para pengguna jalan raya adalah diingatkan untuk memperlahankan kenderaan serta sentiasa berhati-hati apabila melalui kawasan berkenaan.


