Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan separuh Jalan Bunga Simpur

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OGOS – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan, dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, memaklumkan bahawa sebahagian jalan di Jalan Bunga Simpur, Kuala Belait ditutup sementara bermula kelmarin.

    Kenyataan menyatakan bahawa penutupan sementara yang mengambil masa selama sebulan itu adalah untuk memberi laluan bagi kerja-kerja pembaikan paip pembetung yang pecah di jalan berkenaan.

    Di kesempatan ini, JKR menasihatkan para pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila melalui jalan-jalan tersebut dan mematuhi papan tanda amaran jalan raya serta had laju yang dibenarkan demi menghindari perkara-perkara yang tidak diingini.

    Orang ramai yang mempunyai sebarang aduan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi JKR melalui Talian Darussalam 123, livechat 8333123, Facebook Jabatan Kerja Raya, Brunei Darussalam dan e-mel pro@pwd.gov.bn.

    Peta menunjukkan bahagian Jalan Bunga Simpur yang ditutup sementara selama sebulan. – Gambar serahan JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda