Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penutupan separuh jalan Lebuh raya Muara-Tutong esok

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 APRIL – Jabatan Kerja Raya (JKR), Kementerian Pembangunan memaklumkan kepada orang ramai terutamanya para pengguna jalan raya mengenai penutupan sementara separuh jalan di Lebuh raya Muara-Tutong hala Tutong, kawasan Tanah Jambu esok dan 22 April bermula pukul 9 pagi hingga pukul 2 petang.

    JKR menyatakan bahawa penutupan sementara jalan itu adalah bagi membolehkan kerja-kerja konkrit untuk pembinaan jejambat di Lebuh raya Muara-Tutong / Penempatan Tapak Industri Tanjung Kajar untuk dilaksanakan.

    Dalam hubungan itu, JKR menasihatkan kepada para pengguna jalan raya berkenaan untuk sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda arahan jalan raya serta had kelajuan yang telah ditetapkan ketika melalui kawasan berkenaan.

    Peta menunjukkan tempat penutupan separuh jalan di Lebuh raya Muara-Tutong hala Tutong, kawasan Tanah Jambu esok hingga 22 April. – GAMBAR SERAHAN JKR
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda