Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman penyebaran maklumat palsu

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE) ingin memaklumkan mengenai artikel yang telah diterbitkan oleh See Hua Daily News pada 3 Oktober melaporkan penahanan di Pos Kawalan Sungai Tujoh terhadap makanan yang dimasak dan sedia dimakan yang telah dibawa masuk oleh individu dan telah dikenakan denda sebanyak B$200 ke B$300 adalah tidak benar.

    Orang ramai adalah diperingatkan untuk tidak menyebarkan maklumat palsu tersebut. Pihak JKED menegaskan bahawasanya adalah menjadi satu kesalahan bagi menyebarkan maklumat palsu di bawah Bab 34, Akta Ketenteraman Awam, Penggal 148, yang mana individu yang didapati menyebarkan berita palsu secara lisan, bertulis atau dengan apa jua cara lain dan seterusnya menyebabkan ketidaktenteraman orang ramai, boleh dikenakan denda sebanyak B$3,000 dan penjara selama 3 tahun.

    Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut dan terperinci mengenai peraturan yang sedia ada terhadap barang import larangan atau sekatan bolehlah melayari laman sesawang https://tradingacrossborders.mofe.gov.bn/SitePages/home.aspx atau terus melayari laman sesawang agensi-agensi yang berkenaan.

    Gambar Unsplash

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda