Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman slot berkhatan Nov, Dis 2024 penuh

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 NOV- Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, memaklumkan bahawa slot-slot berkhatan bagi November dan Disember 2024 sudah penuh.

    Manakala, slot seterusnya adalah dibukakan bagi Januari 2025.

    Gambar hiasan Unsplash

    Pendaftaran berkhatan adalah berdasarkan kepada siapa yang awal didahulukan di mana slot-slot berkenaan mengikut kekosongan yang tersedia tertakluk kepada tarikh-tarikh yang diberikan setelah penilaian dijalankan.

    Bagi membuat pendaftaran, ibu bapa atau penjaga hanya perlu membawa kad Bru-HIMS anak sahaja di mana anak yang akan berkhatan tidak perlu hadir, ke Klinik Perkhidmatan Berkhatan di No. 11, Simpang 253-54-6, Kampung Kiarong iaitu berhampiran dengan Pusat Perkembangan Kanak-Kanak.

    Klinik itu beroperasi pada setiap hari bekerja dan tidak tertumpu pada musim cuti persekolahan sahaja, di mana waktu pendaftaran adalah pada Isnin hingga Khamis dan Sabtu, kecuali hari-hari kelepasan awam, bermula dari pukul 8 hingga pukul 11 pagi, dan pukul 1:30 hingga 3 petang.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, mereka boleh menghubungi terus talian 242 2064 pada waktu dan hari bekerja sahaja.

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda