Friday, October 18, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman talian telefon rosak

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MEI – Kementerian Kesihatan ingin memaklumkan kepada orang ramai mengenai kerosakan talian telefon di Pusat Kesihatan Pengkalan Batu iaitu 2683991 yang tidak dapat dihubungi kerana kerja-kerja pembaikan peralatan telekomunikasi sedang dijalankan.
     
    Sehubungan itu, orang ramai boleh menghubungi di talian 2683403, 2683404 dan 2683405 semasa waktu bekerja sementara menunggu talian yang mengalami kerosakan dibaik pulih.
     
    Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Talian Darussalam 123 atau layari laman sesawang www.moh.gov.bn.
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda