Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makluman video tular yang tidak benar

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept- Penyebaran video yang tular di media sosial mengenai kejadian banyak ikan terdampar dipercayai terjadi di Kampong Pengkalan Sibabau, Mentiri, baru-baru ini adalah tidak benar dan telah disahkan ia sebenarnya berlaku di luar negara.

    Perkara ini disahkan sendiri oleh Jabatan Perikanan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, dan seterusnya menjelaskan bahawa sudah menjadi program jabatan untuk sentiasa melaksanakan pemantauan dan penganalisaan air kemerah-merahan di perairan Negara Brunei Darussalam yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

    Setakat ini, Jabatan Perikanan mendapati bahawa perairan negara adalah bebas daripada kejadian air kemerah-merahan dan ikan-ikan kecil seperti tamban, aur-aur dan pusu adalah selamat untuk dimakan. Oleh itu, orang ramai dan para nelayan dinasihatkan untuk tidak berasa cemas atau bimbang dengan insiden tersebut.

    Jabatan Perikanan ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah percaya akan maklumat-maklumat dan berita yang disebarkan dalam talian atau melalui platform media sosial seperti whatsapp, twitter atau X, tiktok, instagram, facebook dan lain-lain tanpa memastikan kesahihannya.

    Disamping itu, orang ramai diingatkan untuk lebih bertanggungjawab dan tidak turut menyebarluaskan sebarang perkara yang belum disahkan oleh Jabatan ini.

    Pihak Jabatan menasihatkan orang ramai untuk menghubungi di talian 2770068 (semasa waktu bekerja) atau alamat emel: enquiry@fisheries.gov.bn, jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung dengan perkara ini.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda