Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 DIS – Jabatan Perkhidmatan Elektrik (JPE) dan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP) dalam kenyataan bersama, hari ini, mengongsi maklumat terkini mengenai gangguan sementara bekalan tenaga elektrik disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan berjadual ke atas saluran paip gas PID0016 yang akan dilaksanakan oleh Syarikat BSP pada 22 hingga 23 Disember.
Gangguan sementara bekalan tenaga elektrik secara berkala berkemungkinan akan berlaku di sepanjang kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan saluran paip gas berkenaan dilaksanakan.

Sehubungan itu, gangguan sementara dijangka berlaku pada 22 Disember hingga 23 Disember dari pukul 10 malam hingga 3 pagi di bangunan-bangunan komersial dan persendirian di sepanjang Jalan Gadong termasuk One Riverside, Abdul Razak Mall dan Centrepoint, di sepanjang Jalan Pasar Gadong termasuk Institusi-Institusi Pengajian, Seameo Voctech, Pasar Gadong dan bangunan-bangunan komersial berhampiran, Kampung Batu Besurat, Kampung Pengkalan Gadong, Kampung Menglait, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, Stor Negara, Loji Tapisan Air Kumbahan Gadong, sebahagian daripada Flat Kerajaan Beribi, Kampung Mata-Mata termasuk bangunan Ibu Pejabat Pengakap dan bangunan-bangunan komersial di sekelilingnya, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Sungai Akar dan Beribi, Kampung Perpindahan Mata-Mata, kawasan lapangan terbang lama Berakas termasuk bangunan pejabat-pejabat kerajaan, Kampung Tungku termasuk bangunan Pejabat Biro Narkotik Kampung Tungku, Kampung Perpindahan Tungku, Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati (STKRJ) Tungku, bangunan-bangunan komersial di Kampung Jaya Setia Berakas termasuk Airport Mall, Times Square, City Square, Jaya Setia Square dan kawasan di sekelilingnya, Kampung Burong Pingai Berakas, Kampung Jaya Bakti Berakas, Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan (Maktab Sains) Jalan Muara, Kampung Anggerek Desa, Kampung Pancha Delima, Kampung Pulaie, Kampung Orang Kaya Besar Imas (OKBI), Kampung Delima Dua, Kampung Sungai Akar termasuk Gurkha Reserve Unit Sungai Akar, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS) serta kawasan sekitarnya.
Pada 23 Disember dari pukul 9 pagi hingga 3 petang, kawasan terjejas gangguan sementara bekalan tenaga elektrik secara berkala ialah IBTE Kampung Tungku, Kawasan Kemajuan Pertanian Kampung Tungku dan Pesekitaran, UNN Tungku Link, Kampung Rimba, Perumahan Negara Rimba, STKRJ Rimba, Pusat Kesihatan Dialisis Rimba, Institut Perkhidmatan Awam Kampung Rimba, Hortikultur Kampung Rimba, Askar Simpanan Kampung Rimba, Pusat Komersial Rimba Point dan Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB) Kampung Rimba, Pusat Farmasi Kampung Terunjing, Klinik Haiwan Kampung Terunjing, sebahagian Kampung Terunjing, Kampung Sungai Orok termasuk bangunan komersial Mid Valley, Kampung Salambigar dan Salambigar Industrial Park, STKRJ Kampung Tanah Jambu, Kampung Tanah Jambu, STKRJ Kampung Sungai Buloh Tanah Jambu, Perpindahan Skim Tanah Kurnia Kampung Tanah Jambu, Sekolah Antarabangsa Brunei dan bangunan komersial One City di Kampung Sungai Hanching, Perumahan Negara Mengkubau, Empangan Air JKR Kampung Mengkubau, Radio Televisyen Brunei Sungai Akar dan bangunan Pejabat Keselamatan Dalam Negeri Sungai Akar, Polis Akademi Sungai Akar, Kampung Salar, Perindustrian Kampung Salar, Kampung Sungai Buloh, Kampung Batu Marang, Perumahan Negara Mentiri, Kampung Mentiri, Kelab Perkhidmatan Awam Mentiri, Kampung Sungai Besar, Kampung Sungai Bunga, Kampung Pudak dan Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien (SHOAS) serta kawasan sekitarnya.
Pada 23 Disember dari pukul 12 tengah hari hingga 6 petang, kawasan terjejas gangguan sementara bekalan tenaga elektrik secara berkala ialah Pekan Muara, Kampung Serasa, Perindustrian Serasa, Pulau Muara Besar, di sepanjang Jalan Pelumpong termasuk Pusat Kesihatan Muara, Tentera Laut Muara, Kampung Sabun, Kampung Kapok, Kampung Meragang, Perpindahan Kampung Meragang dan Pusat Tingkatan Enam Meragang, BSM Depot Muara serta kawasan sekitarnya.
Manakala itu, pada 23 Disember dari pukul 3 petang hingga 9 malam, kawasan terjejas ialah bangunan-bangunan komersial dan persendirian di sepanjang Jalan Gadong termasuk One Riverside, Centrepoint, di sepanjang Jalan Pasar Gadong termasuk institusi-institusi pengajian, Seameo Voctech, Pasar Gadong dan bangunan-bangunan komersial berhampiran, Kampung Batu Besurat, Kampung Pengkalan Gadong, Kampung Menglait, Pusat Kebangsaan E-Kerajaan, Stor Negara, Loji Tapiasan Kumbahan Air Gadong, Flat Kerajaan Beribi, Kampung Mata-Mata termasuk bangunan Ibu Pejabat Pengakap dan bangunan-bangunan komersial di sekelilingnya, JPD Sungai Akar dan Beribi, Kampung Perpindahan Mata-Mata, kawasan lapangan terbang lama Berakas termasuk bangunan pejabat-pejabat kerajaan, Kampung Tungku termasuk Bangunan Pejabat Biro Narkotik Kampung Tungku, Kampung Perpindahan Tungku, STKRJ Tungku, bangunan-bangunan Komersial di Kampung Jaya Setia Berakas termasuk Airport Mall, Times Square, City Square, Jaya Setia Square dan kawasan di sekelilingnya, Kampung Burong Pingai Berakas, Kampung Jaya Bakti Berakas, Maktab Sains, Kampung Anggerek Desa, Kampung Pancha Delima, Kampung Pulaie, Kampung OKBI, Kampung Delima Dua, Kampung Sungai Akar termasuk Gurkha Reserve Unit Sungai Akar, KKBS serta kawasan sekitarnya.
Kenyataan menyatakan bahawa senarai tarikh, jam dan kawasan terjejas berkenaan adalah dikemas kini setakat 21 Disember, pukul 11 pagi di mana sebarang perubahan pada jadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Bagi sama-sama mengurangkan kesan gangguan sementara bekalan tenaga elektrik, orang ramai dinasihatkan untuk mempraktikkan langkah-langkah penjimatan dan menggunakan tenaga elektrik secara berhemah.
Orang ramai juga bolehlah merujuk kepada soalan-soalan lazim dan tips penjimatan tenaga yang boleh didapati di Instagram rasmi JPE (@desbrunei) dan Syarikat BSP (@bsp_company).
JPE dan BSP ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh para pelanggan yang terjejas, dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan.
Orang ramai juga diingatkan untuk tidak menyebarkan berita-berita palsu yang dapat mengganggu ketenteraman orang awam lainnya dan bagi sebarang pertanyaan lanjut, mereka boleh menghubungi Talian Darussalam 123.

