SEORANG tentera Iraq, Abdullah telah kehilangan tangan kirinya semasa menentang militan IS namun sekarang, dia telah mempunyai satu prostetik, terima kasih kepada pencetakan 3D di sebuah makmal di Jordan.
Abdullah tercedera semasa satu letupan lombong periuk api ketika tentera Iraq sedang bertempur untuk menyingkirkan gerakan militan itu dari bandar kedua terbesar, Iraq, Mosul pada tahun lepas. Tangan kanannya juga mendapat kecederaan yang serius berikutan tragedi itu.
Lelaki yang berusia 22 tahun itu merupakan seorang dari satu kumpulan yang merangkumi pelbagai penduduk seperti Iraq, Syria dan juga Yaman untuk menerima manfaat daripada pencetakan 3D prostetik di sebuah rumah sakit yang dijalankan oleh badan derma Doktor Tanpa Sempadan (MSF). “Ia tidak mudah untuk menganti tangan manusia namun sekurang-kurangnya peranti baru ini memberikan saya kebebasan dan ini bermaksud bahawa saya tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada adik-beradik saya untuk makan,” kata Abdullah, yang tidak mahu mendedahkan nama sebenarnya.
Dengan memakai seluar jean dan baju hijau gelap, Abdullah berkata bahawa dia telah dipindahkan dari Mosul ke rumah sakit di kawasan Kurdis Iraqi di ibu kota Arbil sebelum dibawa ke Jordan.
“Sekarang, saya bertambah baik dan berharap agar keadaan tangan kanan saya ini akan cepat sembuh,” kata Abdullah sambil tersenyum kepada media.

Teknik pencetakan 3D memberikan ruang kepada kumpulan tersebut untuk mencipta bahagian atas anggota badan yang mudah tanpa memerlukan pergerakan, mengurangkan harga pendahuluan terhadap pembuatan, ‘Custome-Made’ anggota prostetik, menurut MSF. Yayasan MSF, badan utama derma berkenaan telah mendedikasikan kajian dan pembangunan, mendirikan produksi pusat prostetik di Jordan pada bulan Jun tahun lepas.
Sekumpulan ahli perubatan dan juruteknik telah menggunakan beberapa teknik untuk membantu individu yang dilahirkan dengan kecacatan genetik termasuk tentera yang tercedera semasa peperangan dari seluruh rantau berkenaan. Doktor mula mengambil gambar dan menyukat serta membawa mereka ke sebuah makmal di Irbid, 100 kilometer di Utara Amman.
Data kemudiannya dimasukkan ke dalam sistem di mana sistem tersebut akan mencipta model virtual anggota tersebut, kemudian ia akan dicetak dan dihantar ke rumah sakit MSF Al-Mowasah di Amman untuk pemadanan. Beberapa buah organisasi telah berusaha untuk membangunkan pencetakan 3D untuk kehilangan anggota sejak beberapa tahun ini tetapi MSF berkata bahawa projek mereka merupakan projek yang pertama di rantau Timur Tengah.
Klinik tersebut menyasarkan untuk memberikan bantuan ortopedik kepada mereka yang menerima kesan akibat konflik yang berlaku di rantau berkenaan. Projek Koordinator, Pierre Moreau berkata bahawa ia telah merawat sekitar 15 penduduk Syria, Iraq, Yaman, Palestin dan Jordan semenjak ia mula dilancarkan.
“Kami memilih Jordan kerana di sini terdapat banyak rumah sakit yang besar dan mempunyai teknologi yang maju serta lokasi yang stabil di tengah-tengah rantau berkonflik, oleh itu, kami mempunyai akses terhadap pesakit-pesakit dari Syria, Iraq dan juga Yaman,” tambah Pierre dalam Bahasa Inggeris.

Kembali semula ke sekolah, kerja
Bantuan ini turut memberikan faedah kepada mereka yang dilahirkan dengan kecacatan seperti seorang kanak-kanak Palestin yang berusia tujuh tahun, Asil Abu Ayada dari Kem Gaza di kawasan Utara Barat Amman.
Dia tinggal bersama dengan lima abang dan ibu bapanya di rumahnya yang dibina dengan menggunakan tanah lumpur dan dilahirkan tanpa tangan kanan.
Bersama dengan tangan prostetik barunya itu, kini dia boleh pergi ke sekolah seperti kanak-kanak yang lain malah dia boleh melukis.
Agak sedikit malu untuk bercakap kepada wartawan, dia duduk dan cuba menyesuaikan diri dengan tangan tiruannya itu dan dibantu oleh kakaknya, Ines.
Peranti 3D dianggarkan bernilai sekitar AS$20 kepada AS$50, jumlah harga yang agak sedikit berbanding dalam peranti konvensional prostetik, yang dianggarkan bernilai sehinga ribuan dolar. “Anda boleh mereka bentuk sesuatu yang dianggap sesuai oleh pesakit dan ia juga agak spesifik terhadap aktiviti yang dilakukan oleh pesakit,” tambah Moreau lagi kepada media.
Teknik baru itu telah dibangunkan oleh MSF dengan kolaborasi ‘Fab Lab’ iaitu sebuah makmal pengilangan digital di Jordan. Antara lain yang menerima faedah yang sama, Ibrahim Al-Mahamid dari Daraa, di Selatan Syria, mengalami kecederaan di tangan kirinya semasa berlakunya pertempuran bom pada tahun 2013.
Pemandu teksi yang berusia 33 tahun itu, telah kehilangan tangannya itu di rumah sakit, Syria sebelum berpindah ke Jordan. “Prostetik baharu ini akan memberikan saya satu harapan untuk kembali semula bekerja dan seterusnya menitik beratkan keperluan keluarga,” tambah Ibrahim. – AFP