Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Makmal terima AS$497 juta biayai penyelidikan saintifik

    OAK RIDGE, TENNESSEE, 6 NOV – Makmal kebangsaan Oak Ridge di Tennessee akan menerima dana persekutuan untuk penyelidikan saintifik dan program lain di bawah undang-undang yang ditandatangani oleh Presiden Joe Biden pada Ogos.

    Makmal itu mengumumkan pada Jumaat ia akan menerima AS$497 juta di bawah undang-undang baharu, yang diberi nama Akta Pengurangan Inflasi oleh penyokong meskipun mempunyai kesan terhad ke atas inflasi.

    Di fasiliti Jabatan Tenaga Oak Ridge, bil perbelanjaan akan bermakna pelaburan besar dalam projek sains dan penyelidikan tenaga, kata pengarah Thomas Zacharia dalam kenyataan media.

    “Kami berasa bertuah kerana Jabatan Tenaga menyerahkan tugas kepada kami untuk memimpin projek negara ini,” kata Zacharia.

    Sebahagian besar pembiayaan di Oak Ridge, berjumlah AS$256 juta, akan disalurkan kepada projek penyelidikan tenaga yang dikendalikan oleh Pejabat Sains Jabatan Tenaga untuk membangunkan sistem perkakasan untuk uji kaji plasma pembakaran reaktor.

    Makmal itu mencatat kemajuan baru-baru ini di Pusat Pengeluaran dan Penyelidikan Isotop Stabil, yang akan menerima AS$75 juta dalam pembiayaan baharu bertujuan mengembangkan keupayaan negara untuk memperkaya isotop stabil untuk kegunaan perubatan, perindustrian, penyelidikan dan keselamatan negara.

    Wang tambahan AS$57 juta dalam pembiayaan baharu akan diperuntukkan kepada fasiliti komputer makmal, yang termasuk komputer terpantas di dunia untuk penyelidikan iklim, sains nuklear dan kajian lain. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...