Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Makmal Wuhan ada koronavirus

    BEIJING, 25 MEI – Institut Virologi Wuhan (IVW) mengakui mempunyai tiga jenis atau strain COVID-19 didapati daripada ke-lawar di makmalnya.

    Bagaimanapun, ia berbeza dengan jenis atau strain koronavirus yang melanda dunia ketika ini. Ia diakui oleh pengarahnya, Wang Yanyi, dalam satu temu bual yang dirakamkan pada 13 Mei tetapi disiarkan oleh ste-sen penyiaran tempatan, CGTV, malam Sabtu.

    Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa virus berkenaan dihasilkan di makmal IVW.

    “Kita memiliki tiga jenis atau strain COVID-19… tetapi persamaan dengan SARS-CoV-2 hanya 79.8 peratus,” katanya merujuk kepada koronavirus yang menyebabkan COVID-19.

    SARS-CoV-2 adalah nama lain bagi COVID-19. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda