Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maksiat dijauhi, kebaikan didekati

    DIRIWAYATKAN dari Aisyar Radiallahu ‘Anha, beliau berkata Rasulullah,

    “Ya Rasulullah, akankah Allah menimpakan bencana kepada kita, meski masih terdapat mereka yang soleh?” Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menjawab, “Ya, bila kejahatan telah merata.” (Hadis riwayat Muslim).

    Dalam sebuah riwayat lain disebutkan, Allah memerintahkan kepada Jibril untuk menenggelamkan sebuah perkampungan.

    “Tuhan, di kampung tersebut terdapat seorang hamba yang senantiasa menyembah-Mu” tegas Jibril.

    “Jibril, dia adalah orang pertama yang harus engkau tenggelamkan.”

    “Mengapa, Ya Rabb” tanya Jibril.

    “Sebab dia tidak pernah sesekali marah atas nama-Ku.”

    Lalu kenapa? Kerana bencana tidak hanya ditimpakan kepada para pendurjana, namun untuk semua. Ketika kita tidak berusaha mengubahnya, kita semua akan binasa kerana bencana diturunkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala.

    Untuk membangun sikap optimis, maka sifat kebersamaan perlu anda usung. Dengan tidak hanya melakukan iktikaf di masjid seumur hidup dan berdalih, “Perubahan di luar masjid bukan menjadi tanggungjawab saya.” Tidak, kerana kita semua harus memahami Islam dengan baik dan betul.

    Islam menghendaki kebersamaan dan bukan keegoan. Maka ikutilah seruan agama yang memberikan kebahagian kepada sesiapapun yang meyakini dan melaksanakan segala hukum dan peraturannya.
    Islam menghendaki kebersamaan dan bukan keegoan. Maka ikutilah seruan agama yang memberikan kebahagian kepada sesiapapun yang meyakini dan melaksanakan segala hukum dan peraturannya.

    Menurut penulis (Amru Khalid, pengarang buku ‘Ghayyir Nafsaka, Ubahlah Dirimu!’), adapun ungkapan di atas bukan bermaksud larangan untuk beriktikaf, namun ibadah iktikaf juga hendaklah diselangi dengan aksi keluar untuk melakukan penyeruan kepada Allah dengan ramah dan peringatan yang baik.

    Menyeru umat agar meninggalkan perkara-perkara maksiat, dan berjuang di jalan Allah dalam mengagungkan kalimah-Nya serta mengembalikan kedudukan umat ke tempat yang dihormati.

    Cuba kita fahami ungkapan dari Umar bin Khattab berikut ini, “Sebuah perkampungan mungkin saja dilanda bencana, meski penuh dengan kegiatan amal kebaikan.”

    “Bagaimana itu dapat terjadi?” tanya mereka.

    Umar berkata, “Bila kemaksiatan menang atas kebajikan.”

    “Kejahatan yang dilakukan secara sembunyi hanya akan membahayakan pelakunya. Berbeza dengan kejahatan secara terang-terangan yang didiamkan orang. Kejahatan ini dapat membahayakan semua.”

    Rasulullah S.A.W bersabda, “Demi Tuhan, kamu harus melakukan amar ma’rif nahi munkar. Jika tidak, Allah akan menimpakan bencana kepada kamu. Ketika itu, meski kamu memohon, Dia tidak akan pernah memperkenankannya.” (Hadis riwayat At-Tirmidzi)

    Ya Allah, betapa mengerikannya ketika kita hidup daalam kenyataan ini.

    Bukankah ini adalah suatu realiti kita dengan Allah? Akankah kita berhenti untuk memohon kepada Allah, sebab Dia tidak lagi mendengar doa-doa kita? Sangat merugikan, banyak daripada kita telah kehilangan kesabaran.

    Maka, tidak ada jalan keluar dalam keadaan sulit ini kecuali kembali kepada Allah, bersabar atas cubaan-Nya dan berdoa dengan sebenar-benar keyakinan hingga Allah memperkenankannya.

    Islam menghendaki kebersamaan dan bukan keegoan.

    Maka ikutilah seruan agama yang memberikan kebahagian kepada sesiapapun yang meyakini dan melaksanakan segala hukum dan peraturannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda