Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Maksimumkan kemudahan bagi projek 1K1P

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 FEB – Usaha terus dilaksanakan untuk memperkasakan Program Satu Kampung Satu Produk (1K1P) yang mana ia tertakluk kepada perancangan mukim dan kampung-kampung berkenaan di mana mereka harus mengadakan projek masing-masing terdahulu.

    Sebagai contoh, satu mukim yang dilihat sudah mempunyai kemajuan dari segi pengeluaran dan penjualan produk serta memerlukan peningkatan seperti dari segi dapur, jika dapur itu tidak teratur, mereka akan sukar untuk mendapatkan sijil halal.

    “Jadi apabila dinilai dan dilihat ada keperluan itu, projek itu akan diberikan bantuan sejumlah yang dapat membantu mereka mempunyai kemudahan atau fasiliti dapur bagi memenuhi syarat-syarat dari persijilan serta meningkatkan produk nanti.”

    Penjelasan itu dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong ketika menjawab cadangan untuk memperkasa majlis perundingan mukim dan kampung bagi pemajuan program 1K1P oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Haji Mohimin bin Haji Johari @ Jahari ketika permesyuaratan MMN yang berlangsung di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Di samping itu, Yang Berhormat Pehin juga menyatakan bahawa terdapat Jawatankuasa Pandu bagi 1K1P yang meneliti semua perkara mengenai usaha untuk memperkasa dan meningkatkan produktiviti sesuatu mukim atau kampung yang sudah membuktikan kejayaan mereka.

    Menerangkan lanjut perkara mengenai 1K1P kepada usaha pengukuhan aktiviti ekonomi yang dikendalikan oleh mukim dan kampung yang juga dikemukakan oleh ahli MMN, Yang Berhormat Awang Hanapi bin Mohd Siput, Yang Berhormat Pehin menyatakan pihaknya akan berusaha untuk mengenal pasti jenis-jenis program yang dapat dilaksanakan di mana dalam melaksanakan program itu, adalah mustahak untuk memaksimumkan kemudahan-kemudahan yang ada dalam agensi kerajaan tetapi juga dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

    “Umpamanya, bagi keperluan daerah atau mukim itu, untuk mempunyai central kitchen. Kita sudah tahu ada antara GLC ini mempunyai central kitchen mereka dan mempunyai kapasiti yang berlebihan yang boleh ditawarkannya kepada mukim-mukim dan kampung-kampung.”

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...