Monday, May 12, 2025
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maktab Duli adakan Majlis Solat Sunat Hajat

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Sept – Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli), kelmarin, telah mengadakan Majlis Solat Sunat Hajat, Bacaan Surah Yasin dan Doa Khas sempena Peperiksaan Brunei-Cambridge GCE ‘AS’ dan ‘A’ Level 2018, Doa Khas Hari Guru dan Ceramah Khas Awal Tahun Hijrah yang berlangsung di auditorium maktab berkenaan.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Guru Maktab Duli, Haji Abdul Rahman bin Haji Nawi, Pemangku Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Penolong Penyelaras Persatuan PIBG Senegara, Jabatan Sekolah-sekolah, Hajah Zaiton binti Haji Damit serta Pemangku Pengetua Maktab Duli, Hajah Monaliza binti Haji Abdul Halim. Turut hadir ialah timbalan-timbalan pengetua, ibu bapa serta kakitangan dan pelajar-pelajar Maktab Duli.

    Pada majlis berkenaan, lebih daripada 660 orang pelajar Islam maktab berkenaan menyertai Solat Sunat Hajat bersama-sama ibu bapa, tenaga pengajar dan ahli-ahli PIBG.

    Pelajar-pelajar Maktab Duli yang menyertai Solat Sunat Hajat yang berlangsung di Auditorium Maktab Duli, Gadong, kelmarin.

    Majlis itu merupakan acara tahunan yang dianjurkan bersama oleh Maktab Duli dan PIBG Maktab Duli sebagai salah satu inisiatif sekolah untuk memohon bagi kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan yang bakal diduduki oleh pelajar maktab berkenaan.

    Di samping itu, bagi para pelajar bukan beragama Islam, pihak maktab turut mengadakan ceramah motivasi yang diadakan secara serentak di Pusat Pembelajaran Pelajar, maktab berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda