Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maktab Duli anjur pameran Studyrama

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JAN – Dengan matlamat untuk memberikan pendedahan kepada golongan pelajar prauniversiti dalam membuat penilaian dan keputusan hala tuju selepas menamatkan pengajian di tingkatan enam, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) telah mengadakan Studyrama: Pameran Kerjaya dan Pengajian Tinggi 2024, hari ini.

    Acara berkenaan telah berlangsung di tiga lokasi utama di maktab tersebut iaitu Auditorium Citra Gemilang, Students Learning & Service Centre (SLSC) dan Lecture Theatre 11 dan 12.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan acara berkenaan ialah Pengarah Sekolah-sekolah, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Dayang Marina Chek binti Bujang yang sekali gus mengadakan lawatan ke petak-petak pameran kerjaya dan pengajian tinggi yang terlibat

    Acara berkenaan mendapat sambutan dan penyertaan yang sungguh menggalakkan di mana sebanyak 28 buah agensi kerajaan dan sektor swasta menyertai pameran berkenaan antaranya Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Kolej Perdagangan dan Teknologi Kosmopolitan, Kolej Sains Kesihatan JPMC (JCHS), Akademi Maritim Brunei (BMA), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Findlay (B) Sdn Bhd.

    Pameran itu bermatlamat bagi mendedahkan para pelajar kepada peluang-peluang pengajian tinggi yang terdapat dalam dan luar negara, menjadikan para pelajar lebih peka mengenai laluan kerjaya berhubungan dengan mata pelajaran dan bidang minat masing-masing yang tertumpu pada kejuruteraan, perniagaan dan kewangan, minyak dan gas, pertahanan dan kesihatan.

    Ia juga sekali gus diharap dapat memberikan motivasi kepada para pelajar supaya tekun belajar menerusi pengurusan efektif supaya mereka dibimbing dengan teratur dalam pemilihan kursus-kursus semasa pengajian tinggi.

    Menerusi pameran berkenaan, para pelajar juga berpeluang bagi melihat dengan lebih dekat lagi pelbagai kursus dan biasiswa yang ditawarkan oleh sektor kerajaan dan swasta serta membolehkan mereka membuat keputusan yang tepat untuk pilihan kerjaya mereka dari segi tempat bagi melanjutkan pelajaran di dalam atau luar negara.

    Gambar ramai bersama Dayang Marina Chek yang hadir selaku tetamu kehormat. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda