Khamis, November 20, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maktab SOAS lancar 75 Khatam menuju Jubli Intan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Majlis Pelancaran Memulakan Bacaan Al-Quran 75 Kali Khatam dalam Program ‘Countdown’ Setahun Menuju Jubli Intan Maktab SOAS telah diadakan di Surau Maktab SOAS, baru-baru ini.

    Majlis berkenaan adalah sempena Jubli Intan 75 Tahun Maktab SOAS anjuran Maktab SOAS dengan kerjasama daripada Alumni Maktab SOAS.

    Hadir selaku tetamu kehormat di majlis itu, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Wijaya Dato Seri Setia (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Begawan Pehin Udana Khatib Dato Seri Paduka Awang Haji Umar.

    Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti dengan Solat Hajat yang diimamkan oleh Yang Dimuliakan Pehin Khatib Haji Awang Suhaili bin Haji Metali Al-Hafiz.

    Pelancaran Memulakan Bacaan Al-Quran 75 Kali Khatam sempena Jubli Intan 75 Tahun Maktab SOAS. -ALUMNI MAKTAB SOAS

    Turut hadir dalam majlis tersebut, Yang Berhormat dan Yang Dimuliakan selaku mantan penuntut Maktab SOAS.

    Dato Paduka Haji Mohammad Alimin Bin Haji Abd Wahab, anak jati Brunei yang pertama dilantik sebagai Pengetua Maktab SOAS tahun 1975 dan selaku Pengerusi Bersama Majlis, menjelaskan antara lain tujuan majlis diadakan adalah untuk merasmikan pelancaran memulakan bacaan Al-Quran 75 kali khatam sebagai program memulakan countdown setahun menuju Jubli Intan Maktab SOAS tahun 2026.

    Manakala Pemangku Pengetua Maktab SOAS pada masa ini, Awang Mohammad Zulhisham Shah bin Haji Napiah, selaku Pengerusi Bersama Majlis, turut menjelaskan bahawa usaha-usaha yang berkebajikan dan berilmu juga sedang disusun dan akan menyusul untuk dilaksanakan dalam tempoh satu tahun ini sebelum Jubli Intan Maktab SOAS disambut secara besar-besaran pada bulan Oktober atau November tahun 2026.

    Gambar beramai tetamu kehormat dan ahli Alumni Maktab SOAS serta tetamu yang lain. – GAMBAR SERAHAN ALUMNI MAKTAB SOAS
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda