Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Sempena Hari Guru tahun ini, bekas pelajar tahun 1984 hingga 1986 Maktab Sultan Omar Ali Saifuddien (Maktab SOAS) telah meraikan guru-guru mereka dalam Majlis Sambutan Hari Guru, kelmarin, sebagai tanda penghargaan dan kenangan atas jasa yang telah ditabur untuk memberikan yang terbaik kepada pelajarnya.
Guru-guru yang diraikan pada majlis yang berlangsung di salah sebuah restoran di Kiulap itu ialah Pengiran Anak Haji Alias bin Pengiran Anak Haji Mohd Hashim, Haji Mohammad bin Haji Mohd Yussof, Hajah Husni binti Matussin dan Chong Li Chen.
Dengan adanya majlis seumpama ini, ia akan dapat memperkukuhkan lagi hubungan seterusnya dapat berkongsi pandangan dan dapat mengimbas semula kenangan semasa zaman persekolahan lebih 30 tahun yang lalu.
